Terapi Minda- Masak, Deco & Fotografi

Assalamualaikum
Semoga coretan ini dapat menjadi motivasi kepada ibu2 yang kehilangan pekerjaan untuk bangkit & terus berjuang..

Setelah 15 tahun bekerja, terpaksa berundur dan tinggal di rumah tanpa apa2 pekerjaan membuatkan kehidupan saya agak caca-marba, suram & tak keruan..bukan tiada kerja, tapi kerja rumah yang tak habis2 menyebabkan saya hampir diserang sakit jantung!! Semua benda hendak dibuat..hampir 6 bulan masa diambil hanya untuk adjust kehidupan baru..dan setelah setahun, barulah saya temui sesuatu yang dicari2 sebelum ini.

Benarlah kata orang, kadang2 kita tidak tahu apakah bakat terpendam kita selagi tidak dicungkil. Dan dalam kesusahan & keperitan hidup itulah kita akan jadi lebih kreatif & perlu berikhtiar.
..saya dikelilingi rakan2 & ahli keluarga yang pandai memasak. Saya pula suka masak, tetapi akibat kekangan masa, saya cuma masak campak2 sahaja. Tetapi ada hikmahnya, setelah berhenti kerja, memasak menjadi suatu terapi yang membahagiakan saya. Saya boleh mencuba pelbagai resepi yang dikongsi rakan2 terutama drp Resipi.net. Lebih membahagiakan apabila anak2 ternanti-nanti masakan saya. 

Sebelum ini, saya menganggap bidang masakan terutama bidang deco-mendeco adalah amat menyukarkan..sehinggalah saya menyertai kelas asas menghias cupcakes yang dianjurkan jiran saya (C'Pah). Mulanya hanya untuk makan anak2..kini sudah jadi hobi, dan insya-Allah kalau ada rezeki akan jadi bidang baru dlm perniagaan kami.

Tambah membahagiakan pula, kami sekeluarga bekerjasama dalam proses memasak & mendeco. Kudrat terhad & kesihatan yang tak mengizinkan tidak menjadi halangan apabila suami & anak2 turut membantu. Tambah manis lagi apabila, hasil jualan kek & cookies kami kumpulkan utk belikan kamera DSLR utk suami tercinta..walaupun hanya second hand & model lama, tapi sudah cukup memenuhi hobi suami saya. Sudah tentulah gambar2 yang diambil berkisarkan masakan & hasil deco kami..

Kini, kami sama2 mengasah bakat kurniaan Allah dalam bidang masakan, deco & fotografi..Sokongan sahabat2 & keluarga sentiasa mengiringi perjuangan kami, Terima kasih..
Sudilah kiranya menyaksikan hasil kerja kami yang masih lagi dalam proses pembelajaran.
Semoga segala urusan dipermudahkan Allah..